KUALA TERENGGANU - Pada tanggal 02/06/2010 lepas telah genaplah setahun kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin diKompleks Sukan Gong Badak lebih 60% dari bumbungnya runtuh yang telah mengemparkan semua rakyat Malaysia khasnya Rakyat Terengganu. Stadium yang canggih bernilai RM300juta dirasmikan oleh Yang diPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10hb Mei 2008 kini rebah kebumi. Amatlah bershukur kepada Allah kejadian itu tidak berlaku semasa Kejohanan Sukan atau Perlawanan Liga Super atau Liga Premier atau lain-lain aktiviti, jika tidak sudah tentu ada yang menemui ajal dan mungkin termasuk orang-orang kenamaan yang duduk di ruang VVIP.
Kini didalam masa baik pulih stadium tersebut segala aktiviti sukan disitu dipindahkan ke lokasi tertentu , contoh Liga Super dan Liga Premier kembali diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah. Dengan ini adalah wajar bagi kerajaan Negeri Terengganu perlu memikirkan untuk mengekalkan Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah. Bak kata orang-orang lama “Tiada rotan Akar berguna” jua. Kalau pun ada rancangan untuk merobohnya untuk dijadikan dataran perlulah kita kaji semula atau cari tapak yang baru. Lihat saja Stadium Merdeka masih lagi dikekal sebagai tempat sejarah semperna Peristiwa Kemerdekaan Tanah Melayu, tak kurang juga dengan Stadium Sultan Ismail. Disitu setiap tahun diadakan Majlis Sambutan Keputeraan Sultan Terengganu, dll.
Oleh itu amatlah wajar kerajaan pilihara atau menyelegara semula stadium tersebut dengan mempertikatkan kemudahan untuk aktiviti bersukan bagi peringkat daerah, negeri maupun kebangsaan. Diantara sukan-sukan yang boleh diadakan seperti softball, ragbi, bolasepak, paintball dan olahraga.
Disediakan oleh:
WB Peka Rakyat
No comments:
Post a Comment