KUALA NERUS - Sistem pengangkutan awam di dalam negeri Terengganu boleh di anggap terkebelakang dari negeri-negeri di Pantai Timur sekiranya dibandingkan negeri Kelantan dan Pahang, terutama sistem pengangkutan bas henti-henti. Tindakan cepat keatas keperluan ini perlu di segerakan seiring dengan kepesatan pembangunan yang berlaku di seluruh Terengganu, khasnya Bandaraya Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya.
Oleh itu, usaha kerajaan negeri telah mewujudkan syarikat bas henti-henti Cas Ligas Sdn Bhd adalah satu langkah yang sangat bijak untuk memenuhi kekurangan sistem pengangkutan awam kepada rakyat dinegeri ini. Sebagaimana diketahui umum, perkhidmatan bas henti-henti kini telah beroperasi di laluan Taman Shahbandar Kuala Terengganu ke UITM Cendering dan UMT Gong Badak Maka disini saya berharap supaya pihak pengurusan hendaklah juga menambah laluan perkhidmatan itu bukan tertumpu pada laluan tersebut saja. Pihak syarikat, hendak mempromosikan perkhidmatan ini dengan lebih aktif lagi serta perlu mengenal pasti laluan baru secara berperingkat-peringkat bagi memberi perkhidmatan pengangkutan awam itu secara meyeluruh untuk semua.
Dari sudut waktu operasi hendaklah sesuai, tidak sebagaimana sekarang waktunya amat terhad. Contohnya untuk laluan Kuala Terengganu hingga UMT Gong Badak perlu bermula dari awal pagi hingga petang (misalnya 6 pagi – 7 petang). Diantara sebab perkhidmatan ini perlu ditambah adalah sebagai pengangkutan alternatif kepada pelajar-pelajar kampus UDM dan UMT untuk ke Bandaraya Kuala Terengganu. Peningkatan jumlah penduduk yang bertambah juga faktor lain yang memerlukan peningkatan servis bas henti-henti Cas Ligas didaerah Kuala Nerus. Disamping itu boleh menjamin keselamatan pelajar dan juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dikalangan pelajar dan awam yang kini semakin meningkat.
Wujudnya Cas Ligas Sdn Bhd ini juga menyumbangkan peluang pekerjaan baru kepada rakyat Terengganu serta mengurangkan taraf pengangguran. Secara kita tak sedari ia meningkatkan taraf ekonomi rakyat dengan mengurangkan kadar kemiskinan dinegeri ini. Dengan ini saya amatlah berharap semuga ianya diteruskan jangan sekadar lepas batuk ditangga saja.
Ikhlas dari
WB PEKA RAKYAT
No comments:
Post a Comment