Sunday, May 15, 2011

Implikasi Barang Naik Bencana Kepada Rakyat

Lebih kurang 10 bulan yang lalu, pada tanggal 15 Julai 2010 Kerajaan Malaysia  telah mengumumkan Program Penyelarasan Subsidi kononnya dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan lebih dari RM750 juta melalui potongan subsidi.
Bersempena slogan ‘Rakyat DiDahulukan Percapaian Diutamakan’, bermula 16 Julai 2010 kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengurangkan (kononnya penstrukturan) subsidi oleh kerajaan, yang secara tidak langsung membawa kepada kenaikan harga keatas barangan dan perkhidmatan pengguna yang berasaskan minyak ( petrol, diesel dan LPG) dan gula.
Harga Petrol RON95 dari RM1.80 naik kepada RM1.85 seliter, RON97 dari RM2.05 kepada RM2.10 seliter, Diesel dari RM1.70 kepada RM1.75 seliter dan gas LPG turut dari RM1.75 kepada RM1.85 sekilogram. Manakala harga gula naik 25 sen daripada RM1.65 kepada RM1.90 sekilo . Belum pun setahun harga petrol naik lagi, pada 1 November lepas RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada akhir bulan yang sama sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen  kepada RM2.30 seliter kepada RM2.40 dan seterus baru-baru ini, harganya dinaik kepada RM2.70 seliter. Bukan setakat itu saja kini banyak lagi barangan keperluan telah naik umpamanya minyak tanah, minyak masak , tepung gandum. Ketika isu ketiadaan bekalan minyak masak belum selesai, kini pengguna pula di bebani dengan kenaikan harga beberapa barangan terutama bawang sehingga sekali ganda. Misalnya , bawang putih biasa dijual antara RM4.00 hingga RM4.50 sekilogram telah naik kepada RM10.00 sekilogram. Bawang kecil pula yang biasa dijual RM4.00 hingga RM5.00 sekilogram meningkat kepada RM11.00 sekilogram, manakala bawang besar naik dari RM1.50 hingga RM2.50 naik kepada RM5.00 sekilogram. Implikasi dari krisis kenaikan harga telah mengakibatkan makanan yang berasaskan gula, umpama susu tepung, manis dan pekat juga pun turut meningkat. Akibat kenaikkan harga barangan tersebut telah menyebabkan masakan panas, laut-paut ,makanan asas dan sebagainya meningkat. Malahan tambang pengangkutan, pembelian ubat dan beberapa barangan lain turut mengalami kenaikkan.
Apabila kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berlaku mendadak, semua rakyat tidak mengali kedudukan dan pendapatan terpaksa menanggung lebihan belanja sara hidup. Keadaan ini kurang dirasai oleh golongan yang berpendapatan tinggi dengan kehidupan mewah. Tetapi bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah (Lower Class) yang melebihi  75%-80% (lebih 20 juta) penduduk Malaysia terpaksa menanggong bebanan perbelanjaan harian keluarga yang meningkat. Kebanyakan mereka ini makan gaji, majoriti kakitangan awam dan selebihnya disyarikat swasta contohnya golongan pegawai rendah, juruwang, kerani, penolong pejabat dan sebagainya. Tahu sajalah makan gaji belum akhir bulan dah habis. Kenaikkan gaji pun setahun sekali, ada tiga tahun sekali malahan ada yang tak naik gaji dan yang lebih malang golongan ‘kais  pagi makan pagi, kais petang makan petang’ terutama pekerja ladang, buruh kontrak, petani, perniaga kecil, nelayan dan sebagainya .
Contohnya, walaupun kenaikkan gula hanya 20 sen sekilo, tapi jika gunakan sebanyak 5 kilo sebulan maka lebihan  sebanyak RM1. Bayangkan setahun sebanyak  RM12; jadi jika 10 juta penduduk berbelanja bermakna anggaran RM120 juta lebihan telah dibelanja oleh rakyat Malaysia.  
Dari sudut kesihatan pula ia akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak kerana terpaksa makan makanan yang kurang berkualiti diatas kenaikkan barang keperluan. Kesan keatas perbelanjaan sekolah mengakibatkan buku-buku sekolah, duit saku , harga baju dan kasut sekolah serta segala macam kuih-muih dan minuman turut mengalami kenaikan harga. Tambang perkhidmatan awam seperti bas berhenti-henti, bas sekolah, bas ekspress dan teksi mungkin di naikkan. Perbelanjaan keIPTA/IPTS bakal meningkat dan sebagainya.
Contoh beban yang ditanggung rakyat selepas Kenaikan Barangan

Barangan
Harga Sebelum (RM)
Harga Baru (RM)
Kenaikan Harga (RM)
Anggaran Penggunaan
Anggaran Lebihan Belanja (RM / bln )
Anggaran Lebihan Belanja (RM / thn )
Anggaran Lebihan bagi 10 juta penduduk (RM juta)

Bahan Makanan
( RM / Kg )







1
Gula
2.10
2.30
0.20
5 kg / bln
1.00
12.00
120

Bahan Api
 ( RM / Liter )







2
Petrol RON95
1.85
1.90
0.05
150 liter / bln
7.50
90.00
900
3
Petrol RON97
2.40
2.70
0.30
4
Diesel (Runcit)
1.70
1.75
0.05

     
      
5
LPG (RM / Kg)
1.75
1.85
0.10


  
   
6
Minyak Tanah
2.40
2.50
0.10









Lebih ketara lagi kesan dari kenaikkan harga ini akan membuatkan golongan pendapatan rendah akan hidup bertambah tersempit . Keadaan ini akan mendorong mereka mencari sumber pendapatan melalui berbagai cara maupun salah disisi ugama dan undang-undang. Kadar jenayah sosial  mungkin meningkat, contohnya, ada pelajar-pelajar IPTA/IPTS terpaksa memperdagangkan tubuh mereka untuk wang saku dan bayaran pelajaran. Malahan ada kakitangan awam juga ibu-ibu tunggal yang menjadi pelacur maupun kelas bawahan atau atasan untuk menyara keluarganya.   
Menurut kenyataan Presiden CUEPACS, En Omar Osman lebih kurang 418,200 atau 41% daripada kakitangan awam suspek terlibat dalam aktiviti rasuah. Angka ini amat membimbangkan kita sekiranya kenaikkan barangan dan perkhidmatan tinggi daripada kenaikkan gaji/pendapatan mungkin gejala rasuah ini meningkat.  Sehubungan itu, kerajaan tidaklah boleh menyalahkan kepada pihak perniaga sekiranya mereka menuntut kenaikan barangan dan perkhidmatan dipasaran. Pilihan terbaik pemerintah pada masa ini adalah dengan menyegerakan perlaksanaan gaji minimum diantara RM1,500.00 hingga RM2,000.00 untuk setiap sektor dinegara ini dan memaksimumkan  pendapatan penduduk miskin. Jika ini terlaksanakan barulah hasrat kerajaan untuk merialisasikan Malaysia sebagai negara yang berpendapatan tinggi pada 2020 mungkin menjadi kenyataan.  Seterusnya kerajaan perlu menetapkan satu senarai harga siling barangan asas keperluan bagi membendung kenaikkan barangan sesuka hati pembekal dan peruncit. Maka dengan cara ini boleh menyenangkan pengguna mengenal pasti kenaikkan harga dari masa kesemasa.  
Bersesuaian dengan slogan ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan Percapaian Diutamakan’. Kerajan perlulah prihatin dengan semua golongan miskin, sederhana dan kaya maupunpun dibandar atau perdalaman sebelum rakyat menolak kepimpinan kerajaan ini pada  PRU-13 akan datang.

Oleh Mantan Ketua Cabang PKR Kuala Nerus, Wan Bukhari Wan Mohamad. Tel :0199416374

Thursday, November 18, 2010

BACA AL-QURAN SEBELUM BELAJAR MULAI 2011

Kuala Terengganu- Pengumuman Pengarah Pelajaran Terengganu ,En Razali Daud perlu memulakan sesi persekolah harian mereka dengan bacaan al-Quran disemua sekolah termasuk SJK(C) dan Tamil mulai tahun 2011 adalah usaha yang baik bagi menangani masalah displin dan akhlak yang kian parah. Tindakan serius kepada pembangunan sahsiah pelajar seiring dengan kecemerlangan akademik adalah wajar bagi melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
Apa yang penting pelajar perlu memahami setiap maksud ayat-ayat al-Quran yang  boleh dipratikkan oleh mereka semasa menimba ilmu. Insyaallah melalui kaedah ini kita akan dapat melahirkan insane yang cemerlang dalam akademik serta berpengetahuan tinggi dalam aspek agama.
Inisiatif ini amatlah wajar diseragamkan 1 Malaysia disetiap peringkat demi memurtadbatkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi .
Ikhlas dari
WB Peka Rakyat. 

Wednesday, November 17, 2010

Wan Bukhari MD“TIADA ROTAN AKAR PUN BERGUNA”

KUALA TERENGGANU - Pada tanggal 02/06/2010 lepas telah genaplah setahun kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin diKompleks Sukan Gong Badak lebih 60% dari bumbungnya runtuh yang telah mengemparkan semua rakyat Malaysia khasnya Rakyat Terengganu. Stadium yang canggih bernilai RM300juta dirasmikan oleh Yang diPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10hb Mei 2008 kini rebah kebumi. Amatlah bershukur kepada Allah kejadian itu tidak berlaku semasa Kejohanan Sukan atau Perlawanan Liga Super atau Liga Premier atau lain-lain aktiviti, jika tidak sudah tentu ada yang menemui ajal dan mungkin termasuk orang-orang kenamaan yang duduk di ruang VVIP.

Kini didalam masa baik pulih stadium tersebut segala aktiviti sukan disitu dipindahkan ke lokasi tertentu , contoh Liga Super dan Liga Premier kembali diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah.  Dengan ini adalah wajar bagi kerajaan Negeri Terengganu perlu memikirkan untuk mengekalkan Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah.  Bak kata orang-orang lama “Tiada rotan Akar berguna” jua. Kalau pun ada rancangan untuk merobohnya untuk dijadikan dataran perlulah kita kaji semula atau cari tapak yang baru. Lihat saja Stadium Merdeka masih lagi dikekal sebagai tempat sejarah semperna Peristiwa Kemerdekaan Tanah Melayu, tak kurang juga dengan Stadium Sultan Ismail. Disitu setiap tahun diadakan Majlis Sambutan Keputeraan Sultan Terengganu, dll. 

Oleh itu amatlah wajar kerajaan pilihara atau menyelegara semula stadium tersebut dengan mempertikatkan kemudahan untuk aktiviti bersukan bagi peringkat daerah, negeri maupun kebangsaan. Diantara sukan-sukan yang boleh diadakan seperti  softball, ragbi, bolasepak, paintball dan olahraga.   

Disediakan oleh:
 WB Peka Rakyat

BOT PENAMBANG


Kuala Terengganu – Bot Penambang adalah satu-satunya sistem pengangkutan air tradisional yang masih lagi wujud di Seberang Takir berhampiran muara Sungai Terengganu. Tindakan penaikkan taraf Jeti Bot Penambang di ShahBandar maupun Seberang Takir oleh pihak yang berkenaan amatlah wajar sekali. Ia juga tanpa meminggirkan aspek keselesaan dan keselamatan kepada penumpang-penumpang, terutama keatas Bot –Bot Penambang yang kelihatan semakin uzur dan ditelan zaman.

Memandangkan majoriti pemilik-pemilik bot tersebut terdiri dari golongan miskin, sudah tentu faktor utama adalah kewangan. Tujuan penting penaikkan taraf bot-bot penambang bagi membaik-pulih supaya memperlihatkan bot-bot tersebut lebih terjamin, selamat dan suasana ceria , umpamanya seragamkan warna (cat baru) bersama hiasan yang beridentiti  budaya negeri Terengganu. Dengan cara ini kita boleh menarik lebih ramai lagi pelancong menggunakan pengangkutan air tersebut, disamping itu jangan mengabaikan  ciri-ciri keselamatan dengan meningkatkan mutu serta mewajibkan jaket keselamatan pada setiap bot. Dengan penaikkan taraf bot-bot dan jeti ini sudah pasti akan mendorong penambahan penumpang yang memastikan peningkatkan pendapatan harian golongan pengusaha bot ini. Seterusnya dengan cara tak langsung akan mengurangkan taraf  kemiskinan golongan tersebut.     

Justeru itu, pihak yang berkenaan perlulah memberi perhatian dan langkah yang lebih
serius untuk menjaga dan memulihkan warisan yang hampir pupus ini sebagai satu produk pelancongan yang produktif. Bagi meringankan bebanan  golongan ini  untuk merialisasikan nya bantuan pihak kerajaan amatlah perlu dari setiap sudut maupun kewangan dan stratejik.



Ikhlas dari

WB PEKA RAKYAT

CAS LIGAS PENGANGKUTAN ALTERNATIF

                                  CAS LIGAS PENGANGKUTAN ALTERNATIF

KUALA NERUS -  Sistem pengangkutan awam di dalam negeri Terengganu boleh di anggap terkebelakang dari negeri-negeri di Pantai Timur sekiranya dibandingkan negeri Kelantan dan Pahang, terutama sistem pengangkutan bas henti-henti. Tindakan cepat keatas keperluan ini perlu di segerakan seiring dengan kepesatan pembangunan yang berlaku di seluruh Terengganu, khasnya  Bandaraya Kuala Terengganu dan kawasan sekitarnya.

Oleh itu, usaha kerajaan negeri telah mewujudkan syarikat bas henti-henti Cas Ligas Sdn Bhd  adalah  satu langkah yang sangat bijak untuk memenuhi kekurangan sistem  pengangkutan awam kepada rakyat dinegeri ini. Sebagaimana diketahui umum, perkhidmatan bas henti-henti kini telah beroperasi di laluan Taman Shahbandar Kuala Terengganu ke UITM Cendering dan UMT Gong Badak Maka disini saya berharap supaya pihak pengurusan hendaklah juga menambah laluan perkhidmatan itu bukan tertumpu pada laluan tersebut saja. Pihak syarikat, hendak mempromosikan perkhidmatan ini dengan lebih aktif lagi serta perlu mengenal pasti laluan baru secara berperingkat-peringkat bagi memberi perkhidmatan pengangkutan awam itu secara meyeluruh untuk semua.           

Dari sudut waktu operasi hendaklah sesuai, tidak sebagaimana sekarang waktunya amat terhad. Contohnya untuk laluan Kuala Terengganu hingga UMT Gong Badak perlu bermula dari awal pagi hingga petang (misalnya 6 pagi – 7 petang). Diantara sebab perkhidmatan ini perlu ditambah adalah sebagai pengangkutan alternatif kepada pelajar-pelajar kampus UDM dan UMT untuk  ke Bandaraya Kuala Terengganu. Peningkatan jumlah penduduk yang bertambah juga faktor lain yang memerlukan peningkatan servis bas henti-henti Cas Ligas didaerah  Kuala Nerus. Disamping itu boleh menjamin keselamatan pelajar dan juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dikalangan pelajar dan awam yang kini semakin meningkat.          

Wujudnya Cas Ligas Sdn Bhd ini juga menyumbangkan peluang pekerjaan baru kepada rakyat Terengganu serta mengurangkan taraf pengangguran. Secara kita tak sedari ia meningkatkan taraf ekonomi rakyat  dengan mengurangkan kadar kemiskinan dinegeri ini. Dengan ini saya amatlah berharap semuga ianya diteruskan jangan sekadar lepas batuk ditangga saja.

Ikhlas dari

WB PEKA RAKYAT