Sunday, May 15, 2011

Implikasi Barang Naik Bencana Kepada Rakyat

Lebih kurang 10 bulan yang lalu, pada tanggal 15 Julai 2010 Kerajaan Malaysia  telah mengumumkan Program Penyelarasan Subsidi kononnya dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan lebih dari RM750 juta melalui potongan subsidi.
Bersempena slogan ‘Rakyat DiDahulukan Percapaian Diutamakan’, bermula 16 Julai 2010 kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengurangkan (kononnya penstrukturan) subsidi oleh kerajaan, yang secara tidak langsung membawa kepada kenaikan harga keatas barangan dan perkhidmatan pengguna yang berasaskan minyak ( petrol, diesel dan LPG) dan gula.
Harga Petrol RON95 dari RM1.80 naik kepada RM1.85 seliter, RON97 dari RM2.05 kepada RM2.10 seliter, Diesel dari RM1.70 kepada RM1.75 seliter dan gas LPG turut dari RM1.75 kepada RM1.85 sekilogram. Manakala harga gula naik 25 sen daripada RM1.65 kepada RM1.90 sekilo . Belum pun setahun harga petrol naik lagi, pada 1 November lepas RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada akhir bulan yang sama sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen  kepada RM2.30 seliter kepada RM2.40 dan seterus baru-baru ini, harganya dinaik kepada RM2.70 seliter. Bukan setakat itu saja kini banyak lagi barangan keperluan telah naik umpamanya minyak tanah, minyak masak , tepung gandum. Ketika isu ketiadaan bekalan minyak masak belum selesai, kini pengguna pula di bebani dengan kenaikan harga beberapa barangan terutama bawang sehingga sekali ganda. Misalnya , bawang putih biasa dijual antara RM4.00 hingga RM4.50 sekilogram telah naik kepada RM10.00 sekilogram. Bawang kecil pula yang biasa dijual RM4.00 hingga RM5.00 sekilogram meningkat kepada RM11.00 sekilogram, manakala bawang besar naik dari RM1.50 hingga RM2.50 naik kepada RM5.00 sekilogram. Implikasi dari krisis kenaikan harga telah mengakibatkan makanan yang berasaskan gula, umpama susu tepung, manis dan pekat juga pun turut meningkat. Akibat kenaikkan harga barangan tersebut telah menyebabkan masakan panas, laut-paut ,makanan asas dan sebagainya meningkat. Malahan tambang pengangkutan, pembelian ubat dan beberapa barangan lain turut mengalami kenaikkan.
Apabila kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berlaku mendadak, semua rakyat tidak mengali kedudukan dan pendapatan terpaksa menanggung lebihan belanja sara hidup. Keadaan ini kurang dirasai oleh golongan yang berpendapatan tinggi dengan kehidupan mewah. Tetapi bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah (Lower Class) yang melebihi  75%-80% (lebih 20 juta) penduduk Malaysia terpaksa menanggong bebanan perbelanjaan harian keluarga yang meningkat. Kebanyakan mereka ini makan gaji, majoriti kakitangan awam dan selebihnya disyarikat swasta contohnya golongan pegawai rendah, juruwang, kerani, penolong pejabat dan sebagainya. Tahu sajalah makan gaji belum akhir bulan dah habis. Kenaikkan gaji pun setahun sekali, ada tiga tahun sekali malahan ada yang tak naik gaji dan yang lebih malang golongan ‘kais  pagi makan pagi, kais petang makan petang’ terutama pekerja ladang, buruh kontrak, petani, perniaga kecil, nelayan dan sebagainya .
Contohnya, walaupun kenaikkan gula hanya 20 sen sekilo, tapi jika gunakan sebanyak 5 kilo sebulan maka lebihan  sebanyak RM1. Bayangkan setahun sebanyak  RM12; jadi jika 10 juta penduduk berbelanja bermakna anggaran RM120 juta lebihan telah dibelanja oleh rakyat Malaysia.  
Dari sudut kesihatan pula ia akan menjejaskan tumbesaran kanak-kanak kerana terpaksa makan makanan yang kurang berkualiti diatas kenaikkan barang keperluan. Kesan keatas perbelanjaan sekolah mengakibatkan buku-buku sekolah, duit saku , harga baju dan kasut sekolah serta segala macam kuih-muih dan minuman turut mengalami kenaikan harga. Tambang perkhidmatan awam seperti bas berhenti-henti, bas sekolah, bas ekspress dan teksi mungkin di naikkan. Perbelanjaan keIPTA/IPTS bakal meningkat dan sebagainya.
Contoh beban yang ditanggung rakyat selepas Kenaikan Barangan

Barangan
Harga Sebelum (RM)
Harga Baru (RM)
Kenaikan Harga (RM)
Anggaran Penggunaan
Anggaran Lebihan Belanja (RM / bln )
Anggaran Lebihan Belanja (RM / thn )
Anggaran Lebihan bagi 10 juta penduduk (RM juta)

Bahan Makanan
( RM / Kg )







1
Gula
2.10
2.30
0.20
5 kg / bln
1.00
12.00
120

Bahan Api
 ( RM / Liter )







2
Petrol RON95
1.85
1.90
0.05
150 liter / bln
7.50
90.00
900
3
Petrol RON97
2.40
2.70
0.30
4
Diesel (Runcit)
1.70
1.75
0.05

     
      
5
LPG (RM / Kg)
1.75
1.85
0.10


  
   
6
Minyak Tanah
2.40
2.50
0.10









Lebih ketara lagi kesan dari kenaikkan harga ini akan membuatkan golongan pendapatan rendah akan hidup bertambah tersempit . Keadaan ini akan mendorong mereka mencari sumber pendapatan melalui berbagai cara maupun salah disisi ugama dan undang-undang. Kadar jenayah sosial  mungkin meningkat, contohnya, ada pelajar-pelajar IPTA/IPTS terpaksa memperdagangkan tubuh mereka untuk wang saku dan bayaran pelajaran. Malahan ada kakitangan awam juga ibu-ibu tunggal yang menjadi pelacur maupun kelas bawahan atau atasan untuk menyara keluarganya.   
Menurut kenyataan Presiden CUEPACS, En Omar Osman lebih kurang 418,200 atau 41% daripada kakitangan awam suspek terlibat dalam aktiviti rasuah. Angka ini amat membimbangkan kita sekiranya kenaikkan barangan dan perkhidmatan tinggi daripada kenaikkan gaji/pendapatan mungkin gejala rasuah ini meningkat.  Sehubungan itu, kerajaan tidaklah boleh menyalahkan kepada pihak perniaga sekiranya mereka menuntut kenaikan barangan dan perkhidmatan dipasaran. Pilihan terbaik pemerintah pada masa ini adalah dengan menyegerakan perlaksanaan gaji minimum diantara RM1,500.00 hingga RM2,000.00 untuk setiap sektor dinegara ini dan memaksimumkan  pendapatan penduduk miskin. Jika ini terlaksanakan barulah hasrat kerajaan untuk merialisasikan Malaysia sebagai negara yang berpendapatan tinggi pada 2020 mungkin menjadi kenyataan.  Seterusnya kerajaan perlu menetapkan satu senarai harga siling barangan asas keperluan bagi membendung kenaikkan barangan sesuka hati pembekal dan peruncit. Maka dengan cara ini boleh menyenangkan pengguna mengenal pasti kenaikkan harga dari masa kesemasa.  
Bersesuaian dengan slogan ‘1Malaysia Rakyat Didahulukan Percapaian Diutamakan’. Kerajan perlulah prihatin dengan semua golongan miskin, sederhana dan kaya maupunpun dibandar atau perdalaman sebelum rakyat menolak kepimpinan kerajaan ini pada  PRU-13 akan datang.

Oleh Mantan Ketua Cabang PKR Kuala Nerus, Wan Bukhari Wan Mohamad. Tel :0199416374